Monday 21 January 2013

Penjagaan Komputer Bah.3

Sesebuah komputer terdiri daripada bberapa perkakasan yang telah digabungkan pada satu papan utama.Papan utama ini dipanggil 'motherboard' atau 'mainboard'.Fungsinya ialah sebagai pengkalan utama yang menempatkan semua perkakasan (seperti senarai tadi)supaya mereka boleh berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain,dengan matlamat melengkapkan arahan (execute instructions) untuk membentuk sebuah komputer.

Mainboard berbeza format dan saiz,bergantung pada chipset,cip pemprosesan,dan RAM.Mainboard pentium 3 misalannya,mempunyai soket cip,format RAM dan kelajuan FSB yang berbeza dengan mainboard pentium 4.Jadi evolusi sesebuah komputer berubah beserta dengan perkakasan juga.'Feature' mainboard juga berbeza mengikut pengeluar,yang lazimnya meng'kelas'kan mainboard gaming,biasa,dan server.

Mainboard biasanya amat tahan lasak,tetapi sekiranya berlaku kerosakan ianya harus dibaiki/ditukar dengan kadar segera,agar masalah tidak merebak ke perkakasan lain yang boleh menyebabkan berlakunya litar pintas.Harga sebuah mainboard bermula sekitar dua ratus hingga lima ratus ringgit,bergantung kepada spec dan feature board itu.Malah ada juga yang mencecah ribuan sebuah,terutamanya board server.


Contoh Mainboard Pentium 3 Soket 370

No comments:

Post a Comment